![https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR0enKW6GX_NfFu_JFH19q2hRvQ_0sx9hQETHw8G-5J5RiYmUBgvVlTAI86sQnR1Qpi989D8kDg14fN0p0x8NL-0XBaJcr4N0oB6WOE2HTzkDI-F7lOxHbkl90jKiO3xzmT1UfnsKTP-M/s640/al-insyirah.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR0enKW6GX_NfFu_JFH19q2hRvQ_0sx9hQETHw8G-5J5RiYmUBgvVlTAI86sQnR1Qpi989D8kDg14fN0p0x8NL-0XBaJcr4N0oB6WOE2HTzkDI-F7lOxHbkl90jKiO3xzmT1UfnsKTP-M/s640/al-insyirah.jpg)
Monday, 15 June 2015
Friday, 12 June 2015
MENZIARAH ORANG SAKIT
Abu Hurairah ra
meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam
bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya
lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi
jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang
bersin.” [HR Bukhari & Muslim]
Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]

Sunday, 12 April 2015
Perkara Mencarik adat!
Perkara luar biasa merangkumi 8 perkara:
[1] Mukjizat: berlaku kepada rasul selepas kerasulan
[2] Irhas إرهاس: Berlaku kepada rasul sebelum kerasulan
[3] Karamah: Berlaku pada wali allah
[4] Mau’nah:
Berlaku di kalangan orang awam untuk terlepas dari kesusahan. Pertolongan Allah kepada seseorang supaya menjadi kuat beribadah
dan taat kepada TuhanNya
Empat perkara luar biasa di atas adalah yang benar.
[5] Sihir
[6] Istidraj إستدرج Berlaku pada orang kafir dan orang muslim yang fasiq melalui
tipu daya. Perkara yang disangka baik tetapi membawa
tuannya ke neraka.
[7] Sya’wadzah شعوذة : Silap mata yang merupakan satu sihir
[8] Ihanah إهانة : Lahir dari orang dusta
Empat perkara luar biasa terakhir adalah yang batil. Lapan perkara luar
biasa ini mesti diterangkan kerana rata-rata masyarakat melayu amat
gemar kepada perkara-perkara kelebihan atau luar biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)