Friday, 31 May 2019

GAMBAR SEMASA SYARAHAN PROFESOR


Assalamualaikum, aku bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Pertemuan kali ini aku masukkan beberapa gambar kenanganku. Gambar-gambar ini disertakan semasa sesi syarahan perlantikan Profesor di UNIMAP. 




Aku mula bersekolah di Batu Gajah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Lelaki sekarang ini dikenali sebagai SK Toh Indera Wangsa Ahmad. Pada tahun 1972, ayahandaku terpaksa bersara sakit dan kami berpindah ke kampung bondaku iaitu Kampung Kubu Gajah Semanggol Perak. 

Aku menyambung persekolahanku dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kubu Gajah Semanggol. Kehidupan di kampung sangat ceria dan ramai teman serta saudara-mara. Aku mempunyai pengalaman indah mandi manda di tali ayer, telaga dan anak sungai yang jernih mengalir dari bukit Semanggol. Kawasan hadapan rumah adalah kawasan tanaman padi daerah Kerian, menakala belakang rumah kawasan bukit ladang getah dan dusun durian. Dari tingkatan satu hingga tiga aku bersekolah di Sekolah Menengah Muzaffar Shah Simpang Empat Semanggol.     



Sekolah Menengah Muzaffar Shah 
Tamat tingkatan 3, aku ingin sambung ke kelas sains tulin, ketika itu Sekolah Muzafar belum ada kelas sains tulin. Aku berpindah pula tinggal bersama abangku di Kelang Selangor. Aku menyambung tingkatan empat dan lima aliran sains tulin di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Kelang.




Aku dan rakan sekolah STAR sewaktu lawatan ke UKM




Rakan sekelas 5 SAINS 1 (STAR) 


STAR Kelang
Tamat tingkatan 5 aku ke matrikulasi 1 di Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang dan matrikulasi 2 di USM. Seterusnya aku mengambil bidang Sarjana Muda Sains Gunaaan (Teknologi Mineral) di USM. Bekerja di USM sebagai guru di Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral, sambil melanjutkan pengajian Sarjana secara part time di USM. Pada tahun 1990, aku mengikat tali perkahwinan dengan isteriku Nor Jannah.     




Perkahwinan dengan isteriku Nor Jannah (1990)

Pada tahun 1995, USM menghantar aku ke Univerisiti Leeds, UK bagi menyambung pengajian peringkat PhD. Waktu itu, kami sudah mempunyai dua cahaya mata, Ahmad Firdaus dan Nurul Adnin. Bulan Mac kami ke sana dalam musim bunga (Spring). Sebelum ini, pada tahun 1994 memang aku pernah ke Universiti Bath UK semasa membuat Sarjana, tapi pergi tak lama lebih kurang 2 bulan dan di taja oleh Asian Development Bank (ADB) dan di bawah bimbingan Professor V.D. Scott. Adalah sedikit pengalaman sebagai bekalan.   

Di Universiti Leeds, aku diselia oleh Dr C. Hammond (Penyelia Utama) dan Dr R.F. Cochrane (Penyelia Kedua). Pada tahun 1997, isteriku melahirkan anak bongsu kami Muhammad, dan Alhamdulillah, pengajianku tamat pada tahun 1998.   



Snow tebal pada winter 1990 bersama isteri, ahmad Firdaus dan Nurul Adnin

Inilah tempat pengajianku PhD ku...syukur Alhamdulillah


Bergambar kat garden rumah Dr.C. Hammond. Muhammad kecil bebenor
di pangku oleh Dr Hammond.

Alhamdulillah, dah selesai

Bersama Bob dan Dr Zakiah





Tuesday, 28 May 2019

UMRAH 2015

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi terlalu banyak nikmat terhadap hambanya. Pada Desember 2014, aku sekeluarga dapat mengerjakan umrah. Kami pergi dengan pakej Andalusia. Kami akan memasuki Mekah terlebih dahulu dan akan bergerak ke Madinah selepas mengerjakan umrah. Alhamdulillah, kami dibimbing oleh Ustaz Helmi dari Andalusia. 

Masih di KLIA


Selesai mengerjakan umrah








Masjidil Haram tingkat bawah








Masjid Quba




Muhammad di hadapan masjid Quba 




Bersama Ustaz Helmi di kebun tamar








UMRAH 2018



Assalamualaikum, alhamdulillah pada Januari 2018, aku dapat mengerjakan umrah bersama isteriku. Kami pergi dengan Syarikat Andalusia. Alhamdulillah, sangat tenang dan damai. Kali ini agak ramai, kerana Andalusia menggunakan pesawat MAS chartered yang kesemua penumpangnya pergi untuk mengerjakan umrah. 
Pesawat mendarat di Madinah, keadaan di Imigresen agak sesak dan mengambil masa yang lebih lama untuk selesaikan urusan. 

Berbanding semasa Desember 2015, kami sekeluarga menaiki pesawat Saudi, ketika itu tidak begitu ramai jemaah. Waktu itu, pesawat mendarat di Jeddah proses di Imigresan agak cepat, kerana tidak ramai orang ketika itu.
Di perkarangan Masjid Nabawi






Suasana lepas subuh yang tenang
di perkarangan masjid Nabawi










Jabal Rahmah





Sunday, 26 May 2019

PERSARAAN 2016



Pada 14 Julai aku telah bersara dari Universiti Malaysia Perlis. Alhamdullilah, aku mengambil keputusan bersara awal pada usia 54 tahun. Aku ingin memberi peluang pada yang lebih muda dan aku ingin melakukan perkara yang baru agar penitian hidup sentiasa ceria dan bermanfaat. Aku sangat berterima kasih pada USM dan UNIMAP yang pernah memberi peluang padaku untuk menabur bakti pada masyarakat dan negara. Semoga USM dan UNIMAP sentiasa terus cemerlang, gemilang di persada antarabangsa.   

Bersama naib canselor Prof Zul Azhar Zahid Jamal (berbaju biru) dan Dekan Kejuruteraan
Bahan, Dr Khairel Rafizi 
 

Bersama Prof Azmi Rahmat (Penyelia Master semasa aku di USM)

Bersama staf School of Materials Engineering


Bersama mantan naib canselor UNIMAP, Datuk Kamarudin Hussin

Bersama keluarga Sustainable Engineering Cluster. Inilah kluster tempat aku dan pelajar
Ijazah Tinggi menjalankan penyelidikan 

Hari terakhir di kluster



Memberi beberapa pesanan