Saturday, 24 May 2014

VISIT BY RESEARCH ADVISOR PROF VEENA UNSW (2005)

Mulai 26 hb November hingga 2 Disember 2005, PPK Bahan telah menerima lawatan
Penasihat Penyelidikan iaitu Prof. Dr Veena Sahajwalla dari University of New South Wales,
Sydney, Australia. Beliau mempunyai jadual yang padat sepanjang lawatan kerja beliau ke
KUKUM. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan pensyarah dan juga penyelidik dari
PPK Bahan mengenai bidang penyelidikan yang dijalankan di KUKUM. Beliau turut sama
memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada 127 pelajar tahun 3 PPK Bahan tentang prospek
pekerjaan dalam bidang bahan dan metalurgi. Di akhir lawatan, beliau telah menyampaikan
syarahan bertajuk “Recycling waste plastics in steelmaking - An innovation in
sustainable materials processing” kepada para penyelidik KUKUM. Beliau juga berharap
kerjasama diantara KUKUM dan University of New South Wales dapat dieratkan lagi
menerusi Memorandum Persefahaman (MOU).



No comments:

Post a Comment