Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada
Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari
Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Aku adalah orang
(manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur
pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada
syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan.
Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya
berada di bawah benderaku. Umatku
adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang
pertama dihisab sebelum umat yang lain.
Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas
(membuang) tanah yang ada di atas kepala
mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu
Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah
سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.”
No comments:
Post a Comment